Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

''Apa sudah jadi ni'' - Kemunculan penari separuh bogel di bulan puasa hebohkan warga tempatan

 

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

Kita sepatutnya menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, bagi yang beragama Islam pula seharusnya inilah peluang untuk melakukan ibadah lebih banyak.

Walaupun begitu, ada juga segelintir orang yang bertindak berbuat maksiat di bulan mulia ini lagi-lagi ia di tempat yang terbuka.

Baru-baru ini, heboh satu rakaman yang memaparkan keadaan orang-orang tengah seronok bermabuk-mabukan minum minuman keras dan dijamu dengan penari separuh bogel.

Video itu telah dimuat naik semula di media Facebook oleh seorang pengguna bernama Mat Gansau Rahmat dan lebih mesra dipanggil Mat dengan kepsyen 'Apa sudah jadi ni'.

Difahamkan, keadaan yang tidak terkawal ini dipercayai berlaku di daerah Tenom, Sabah pada Khamis lalu.

Dalam video itu juga ada menyoalkan keadaan itu jika sesiapa mempunyai info berkaitan dan adakah mereka yang terbabit ikuti 'Standard Operasi Prosedure' (SOP).

Jika dilihat pelanggan yang datang di tempat seakan 'disko' itu kebanyakkan lelaki dan dilayan dengan penyanyi serta penari yang merupakan 'ladies' di situ.

Apa yang lebih memalukan lagi di bulan mulia ini, seorang 'ladies' dengan keadaan kurang waras disebabkan minuman keras bertindak menari di atas meja dengan diri separuh bogel.

Namun, ada yang menyatakan bahawa seorang 'ladies' yang menari separuh bogel itu adalah seorang 'pondan' tapi tiada kepastian yang tetap.

Apa jadi suda ni. Siapa ada info.. Sy pun mahu tau ini ada kawalan sop ka?

Susulan video yang tidak terkawal di bulan puasa ini telah menghebohkan warga tenom.

Meninjau ke ruang komen, warganet memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut, ada yang kurang senang setelah melihat keadaan seperti itu di bulan puasa ini dan ada juga yang tidak kisah kerana kebanyakkan di sini, bermabukan hal biasa.

Aduiii.... Kurang pahala puasa kita Mat

Barihat kau kedai

Wkwkwk terus dia berhenti moginum ni nampak ni video

Sy cuma tertanya-tanya sapa yg rakam?

D Tenom ka bikin malu saja oh..

Namun begitu, setakat ini belum ada kepastian berkenaan video yang heboh itu di daerah berkenaan.

SUMBER : BERNAMA, Facebook Mat Gansau Rahmat

Apa pendapat anda? Sudah baca, jangan lupa komen dan kongsikan. Terima kasih!

PERHATIAN : Pihak kami tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang diberikan pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum mengetik komen. Kerjasama anda amat kami hargai.

1 ulasan for "''Apa sudah jadi ni'' - Kemunculan penari separuh bogel di bulan puasa hebohkan warga tempatan"

  1. Nak siasat pertama cari sapa mula² sbar bnda ni msti dia tahu sapa prakamnya,x tahu katanya kita bogelkan dia plak

    BalasPadam