Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Wanita lapor anak dilanggar lori, tapi mati akibat didera

Gambar hiasan

 Wanita tergamak berpakat dengan teman lelakinya untuk membuat laporan polis palsu, mendakwa anak lelakinya dilanggar lori.

Ini kerana tindakannya bagi melindungi rahsia laporan perubatan yang mengalami kecederaan yang dialami kanak-kanak berumur lima tahun itu akibat didera terbongkar.

Mangsa dipercayai sering dipukul ibu dan teman lelaki yang mempunyai tabiat suka mendera.

Memetik laporan media, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Serdang yang merawat kanak-kanak itu pada 12.50 tengah malam, 22 Ogos lalu.

"Ketika menerima pesakit kanak-kanak itu, pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan jantung dan pernafasan, namun tiada respon positif.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan daripada maklumat awal, dia dikatakan dilanggar lori.

"Namun, pemeriksaan lanjut pada tubuh badannya mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama dikira akibat didera, manakala pembedahan siasat mangsa mengesahkan terdapat kecederaan parah pada tisu lembut ekoran beberapa pukulan objek tumpul," katanya dalam satu kenyataan.

Anbalagan berkata, susulan itu, pihaknya menahan ibu mangsa, 44, yang juga suri rumah dan rakan lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori, pada 22 Ogos lalu.

"Suspek wanita didapati menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak suaminya meninggal dunia pada September 2022," katanya.

Menurutnya, pasangan itu membuat laporan polis palsu mendakwa kanak-kanak terbabit dilanggar lori bagi mengelak perbuatan mereka diketahui.

“Lori terbabit (yang didakwa melanggar mangsa) adalah kenderaan dilapor dicuri di Kajang.

“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku mendera mangsa di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan sehingga menyebabkan kematian.

“Kejadian itu juga berpunca daripada tabiat suspek yang suka mendera anak,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamin.

Katanya, mereka direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semak online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

PERHATIAN : Pihak i Viral Malaysia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak i Viral Malaysia juga. tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Catat Ulasan for "Wanita lapor anak dilanggar lori, tapi mati akibat didera "