Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kejam! Ibu Lemaskan Bayi Dalam Tab Mandi

Gambar hiasan

 Anak merupakan anugerah dan amanah yang diberikan Sang Pencipta kepada kita, maka dengan itu, jadilah orang tua yang bertanggungjawab jika tidak mahu berilah anak itu kepada orang yang sanggup menjaganya dengan baik.

Foto Taylor Blaha

Memetik laporan media, seorang ibu muda tergamak bersubahat dengan teman lelakinya untuk membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya dengan melemaskan mangsa di dalam tab mandi di rumahnya di lowa, Amerika Syarikat, New York.

Menurut laporan baru-baru ini, tertuduh, Taylor Blaha yang berusia 24 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 50 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh tahap kedua.

India Times melaporkan, Bhala perlu menjalani 70 peratus tempoh hukuman penjara itu atau kira-kira 35 tahun sebelum layak mendapat parol.

Manakala, teman lelakinya, Brandon Thoma yang berusia 31 tahun iaitu bapa kepada dua anaknya turut bersubahat dengan wanita itu dan mengaku bersalah mengakibatkan kematian serta melakukan penderaan terhadap mangsa.

Kematian mangsa, Kayleen, sampai ke pengetahuan polis, pada 22 November tahun lalu.

Difahamkan, menurut rekod mahkamah, kisah itu terbongkar pada April tahun lalu selepas Blaha mendedahkan kehamilannya kepada Thoma.

Bagaimanapun, Blaha nekad menggugurkan kandungan dan mengambil methamphetamine dengan bantuan Thoma untuk mengurangkan kesakitan.

Namun, Kayleen selamat dilahirkan, dan kerana takut kerana menyalahgunakan dadah, Blaha bersama pasangannya memutuskan untuk melemaskan bayi itu.

Menurut Blaha, Thoma membantunya melakukan jenayah itu, malah memberi semangat kepadanya untuk meneruskan perbuatan keji itu.

Ketika disoal siasat detektif, Blaha mendedahkan dia dan pasangannya menyembunyikan mayat mangsa di dalam plastik sampah, sebelum memasukkannya di dalam beg galas untuk membuangnya.

Susulan itu, Thoma kemudiannya ditangkap selepas perbuatannya terbongkar. Ia selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia meninggalkan pangsapuri dengan beg galas mengandungi 'objek segi empat tepat'.

Pada mulanya, Blaha berdepan pertuduhan tahap pertama dan mengaku tidak bersalah.

Kemudian, dia mengaku bersalah atas pertuduhan lebih ringan iaitu pembunuhan tahap kedua.

Sementara itu, Thoma mendapat pengurangan hukuman dan hukuman ke atasnya akan dijatuhkan pada 1 September depan.


Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

PERHATIAN : Pihak i Viral Malaysia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak i Viral Malaysia juga. tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Catat Ulasan for "Kejam! Ibu Lemaskan Bayi Dalam Tab Mandi"