Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pelajar lelaki lebam mata kiri akibat dipukul rakan asrama

 

Mangsa lebam di mata kiri akibat dipukul rakan asramanya (kanan)

Isu disiplin pelajar sekolah terutamanya pelajar yang tinggal dalam asrama semakin tidak dapat dikawal, ada sahaja kes gaduh, pukul dan buli.

Hal ini sama seperti yang berlaku kepada seorang pelajar lelaki apabila lebam teruk di mata kiri dipercayai dipukul teman asramanya si sebuah sekolah menengah di Matang, Kuching.

Memetik laporan media, kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lalu ketika pelajar tingkatan empat itu berada di bilik asrama semasa waktu rehat selepas menunaikan solat Jumaat.

Mangsa kemudian menghubungi bapanya bagi memaklumkan mengenai kejadian sebelum membuat laporan polis di Pusat Sehenti Balai Polis Simpang Tiga.

Berdasarkan laporan polis, kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya mengejek mangsa dan mengajaknya berlawan dengan seorang lagi rakan namun tidak diendahkan oleh mangsa.

Dikeranakan berang akan ajakannya tidak diendahkan, suspek bertindak memukul mangsa bertubi-tubi di kepala, muka dan badan.

Walaupun begitu, mangsa yang tidak melawan dikatakan meminta belas ihsan untuk berhenti daripada memukulnya tetapi tidak dipedulikan.

Dengan jtu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Kes akan dirujuk untuk pertimbangan pendakwaan," katanya yang dihubungi.

Bagaimanapun, katanya tiada unsur 'geng' (kumpulan) dalam kes itu.

Ahsmon berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

PERHATIAN : Pihak i Viral Malaysia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak i Viral Malaysia juga. tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Catat Ulasan for "Pelajar lelaki lebam mata kiri akibat dipukul rakan asrama"