Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lelaki terbakar ketika hendak bakar rumah jiran


 'Senjata makan tuan' sama seperti yang berlaku kepada pemuda yang berniat untuk membakar rumah jirannya tidak kesampaian kerana mengalami kecederaan parah akibat dijilat api ketika ingin menyimbah minyak petrol ke rumah tersebut.

Memetik laporan Thaiger, kejadian yang berlaku di Chonburi, Thailand itu berpunca daripada ketidakpuasan hati seorang lelaki bernama Net Anantakul yang berusia 47 tahun terhadap bunyi bising serta bau busuk yang datang dari rumah jirannya.

Namun begitu, lain pula jadinya apabila Anantakul terkena petrol gereja sekaligus membakar dirinya sendiri tanpa sengaja.

Terkejut kejadian malang yang menimpa dirinya itu, Anantakul terus keluar dari rumah ke rumahnya dan mengalami luka di bahagian muka, dan kaki.

Sementara itu jiran kepada Anantakul, Siriporn Homsaen yang terkejut dengan kebakaran yang berlaku terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak bomba bagi membantu memadam kebakaran.

Sehingga hari ini, pihak polis melakukan siasatan dan masih belum ada kenyataan mengenai kejadian tersebut.


Sumber : Thaiger

Ikuti kami di Telegram , jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semak online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia .

PERHATIAN : Pihak i Viral Malaysia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak i Viral Malaysia juga. tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Catat Ulasan for "Lelaki terbakar ketika hendak bakar rumah jiran"