Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Aksi Pembantu Rumah Pukul Bayi Dirakam CCTV

 

Tangkap layar rakaman video litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pembantu rumah memukul dan menghayun bayi majikannya pada Sabtu lalu.

Kes dera bukan lagi sesuatu yang baharu dikalangan masyarakat kita, bahkan sesiapa sahaja boleh jadi mangsa dera mahupun bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa atau warga emas.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pembantu rumah tergamak memukul dan menghayun bayi perempuan baru saja berusia dua bulan.

Memetik laporan media, seorang wanita yang dikenali sebagai Amyra telah membuat laporan polis selepas kecewa dan marah dengan pembantu rumahnya yang bertindak kejam terhadap bayi perempuannya.

Menurut Amyra, dia menyedari kejadian itu selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumahnya selepas mendengar bunyi kuat dari bilik anaknya.

"Luluh hati saya bila tengok balik rakaman CCTV, walhal anak saya ni senang sangat dijaga.

"Kuat dia pukul. Saya terus halau dia keluar rumah kerana dia berani buat begitu ketika saya ada di rumah," katanya.

Tambahan, Amyra juga berkata dia berada di rumah kerana menguruskan perniagaan secara online dan tidak pernah tinggalkan anaknya sendirian dengan amah tersebut.

"Itupun dia berani buat dan nasib baik ada CCTV. Saya sudah buat laporan polis dan me­nyerahkan perkara itu kepada ejen perkhidmatan pembantu rumah untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Dalam pada itu, Amyra memberitahu dia sebelum ini ada pengalaman buruk de­ngan pembantu rumah yang me­larikan barang kemas miliknya bernilai lebih RM5,000.

Sebelum ini, video yang tular itu telah dimuat naik oleh ibu bayi berkenaan di akaun TikTok miliknya telah meraih simpati orang ramai dan mengecam perbuatan pembantu rumah tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas sehari tular dan mendapat pelbagai reaksi orang awam, video berkenaan sudah dipadam dan tiada di media sosial.


Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

PERHATIAN : Pihak i Viral Malaysia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak i Viral Malaysia juga. tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Catat Ulasan for "Aksi Pembantu Rumah Pukul Bayi Dirakam CCTV"