Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tular lelaki mengamuk tetak isteri guna pisau pemotong

 

Gempar seorang lelaki berusia 46 tahun mengamuk dan menetak seorang wanita dipercayai isterinya menggunakan parang pencincang (chopper) di kawasan 75 Beach Road, Singapura.

Bertindak mengikut maklumat orang awam kes itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam, 14 April.

Hasil siasatan awal, mendedahkan lelaki itu dikatakan mengelar pergelangan tangannya sendiri sebelum polis tiba di lokasi dan menahannya.

''Beberapa orang awam telah bertindak membantu mangsa dan menghalang suspek daripada mendatangkan kecederaan lebih parah,'' kata polis.

Kedua-dua lelaki dan wanita dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng. Senjata yang digunakan lelaki itu juga turut dirampas dan siasatan sedang dijalankan.

Susulan itu, polis mengetahui tentang video yang tersebar dalam talian mengenai kejadian itu dan menegaskan orang ramai agar tidak menyebarkan video itu dan membuat spekulasi mengenai kes itu.

Lelaki berkenaan akan didakwa di mahkamah pada Sabtu ini. Jika didapati bersalah atas cubaan membunuh, suspek akan berdepan hukuman penjara seumur hidup, penjara sehingga 20 tahun dan denda, atau kedua-duanya sekali.

SUMBER : UtusanTV

Apa pendapat ada? Sudah baca, jangan lupa komen dan kongsikan. Terima kasih!

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

Catat Ulasan for "Tular lelaki mengamuk tetak isteri guna pisau pemotong"