Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Video tular lelaki ditetak, polis tahan lima suspek

 

Foto viral

Seperti yang kita tahu, apabila bertindak mengikut emosi pastinya akan merugikan diri sendiri, lebih baik menyelesaikan sesuatu konflik secara bertolak ansur.

Memetik laporan media, polis menahan lima lelaki tempatan yang disyaki menyerang seorang lelaki sehingga mengalami cedera parahbyang berlaku di sebuah premis di kawasan Matang, Padawan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, tangkapan ke atas semua suspek yang berusia antara 20 hingga 45 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian jam 1.16 tengah hari, Isnin.

"Mangsa lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an mengalami cedera parah selepas diserang oleh kesemua suspek yang bersenjatakan parang dan kayu hoki," katanya.

Menurutnya, kejadian sebenar berlaku pada awal pagi Isnin iaitu kira-kira jam 1 pagi, ketika mangsa bersama teman wanitanya sedang makan malam dan didatangi kesemua suspek.

Jelasnya, salah seorang suspek menuduh mangsa mempunyai hutang dengannya tetapi dinafikan mangsa.

Lim berkata, suspek tidak berpuas hati dengan penafian mangsa, suspek kemudian membawanya keluar dari premis makan dan memukul menggunakan kayu hoki sebelum dilibas dengan parang.

"Mangsa cuba melarikan diri tetapi gagal menyebabkan dia mengalami luka di badan dan kaki akibat ditetak.

"Menyedari mangsa cedera, kelima-lima suspek melarikan diri," ujarnya.

Susulan itu, beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak dan dalam keadaan stabil namun memerlukan pemerhatian rapi kerana kecederaan dialaminya.

Lim menyatakan bahawa semua suspek direman di Mahkamah Kuching hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Selain itu, katanya kes juga disiasat mengikut Seksyen 148 kanun yang sama atas kesalahan merusuh dengan senjata yang membawa hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau juga turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video kejadian kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan sesiapa yang didapati menularkan video berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

PERHATIAN : Pihak i Viral Malaysia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak i Viral Malaysia juga. tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Catat Ulasan for "Video tular lelaki ditetak, polis tahan lima suspek"