Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nekad Putuskan Hubungan Gara-gara 'Mimpi' - "Saya tak nampak awak dalam mimpi"

Tangkap layar perbualan 'chat'. - Facebook

Apabila dikaitkan dengan mimpi, sering kali dengar bahawa jika seseorang individu mimpikan pasangannya, pasti jadi konflik kerana yang dimimpikan itu terlihat pasangannya curang atau berbuat sesuatu yang tidak disukai si pemimpi.

Namun begitu, lain pula kisah yang berlaku apabila si kekasih hati nekad memutuskan untuk berpisah hanya kerana dirinya tidak muncul didalam mimpi kekasihnya.

Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki ini apabila dia mendakwa kekasih hatinya sudah tidak mahu lagi mempunyai apa-apa hubungan percintaan dengannya hanya disebabkan oleh ‘mimpi’.

Menerusi laman Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’, seorang lelaki berkongsi tangkap layar perbualan 'chat' yang memaparkan dirinya untuk cuba memujuk kekasihnya agar meneruskan hubungan percintaan mereka.

Meskipun sudah melakukan pelbagai cara untuk memastikan hubungannya tidak putus di tengah jalan, teman wanitanya itu tetap berkeras mahu memutuskan hubungan.

Wanita tersebut memberi alasan untuk memutuskan hubungan kerana teman lelakinya itu tidak muncul dalam mimpi selepas dirinya melakukan solat sunat Istikharah.

"Terpaling perempuan 🙂 Kepala ayah kamu (dikedahkan)"

 tulisnya sebagai tajuk perkongsiannya.

"Aku ada cakap sekali (solat sunat) ke? Aku buat seminggu tau.

"Saya nak putus sebab tak nampak awak dalam mimpi saya," tulis wanita itu.

Perkongsian lelaki itu meraih perhatian ramai netizen yang ternyata tidak boleh menerima alasan yang diberikan teman wanitanya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati pemuda ini untuk menuruti permintaan teman wanita itu dan memintanya untuk mencari wanita yang akan lebih menghargai dirinya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyokong tindakan wanita itu yang tidak menunggu lama untuk membuat keputusan selepas membuat solat sunat Istikharah.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

PERHATIAN : Pihak i Viral Malaysia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak i Viral Malaysia juga. tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Catat Ulasan for "Nekad Putuskan Hubungan Gara-gara 'Mimpi' - "Saya tak nampak awak dalam mimpi""