Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Berang cinta ditolak, lelaki tembak pikap

DUA laras bekakok dan dua laras senapang angin buatan sendiri yang dirampas daripada suspek. FOTO Ihsan PDRM

 Cinta adalah suatu ukuran asas pengalaman yang sama arti dengan perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian.

Perasaan ini boleh timbul secara tiba-tiba hanya dengan pandangan mata, kenyamanan dan lain-lain berkaitan, tetapi cinta juga tidak boleh dipaksa.

Akibat berang cinta ditolak

Perkara ini sama seperti yang terjadi apabila seorang lelaki bertindak menembak sebuah pacuan empat roda dengan senjata api dipercayai untuk membalas dendam.

Memetik laporan media, Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superintendan Andam Sulin berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira 10.45 malam pada 23 Ogos lalu berhubung bahagian pemandu kenderaan berkenaan ditembak.

Menurutnya, ketika kejadian, pemandu kenderaan itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Pinang, Jalan Wak Buku Pakan, Julau, Sarikei.

Katanya, berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis berjaya menahan suspek berusia 20 tahun kira-kira 5.30 petang pada Khamis lalu.

"Siasatan awal mendapati motif suspek bertindak sedemikian kerana perasaan dendam terhadap keluarga mangsa selepas cintanya ditolak oleh salah seorang ahli keluarga berkenaan.

"Pasukan polis turut merampas dua laras senapang patah Bekakok buatan sendiri, dua laras senapang angin buatan sendiri, sebutir peluru jenama Clever 12 Mirage dan satu kelongsong peluru jenama 12 Mirage daripada suspek.

"Rampasan dibuat dengan dipandu arah oleh suspek lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, susulan itu, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

PERHATIAN : Pihak i Viral Malaysia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak i Viral Malaysia juga. tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Catat Ulasan for "Berang cinta ditolak, lelaki tembak pikap"