Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pertama kali jumpa, gadis kecewa pakwe bawa pergi 'drive thru' saja

 

Tidak dinafikan, anak muda sekarang lebih memilih pengenalan menerusi media sosial untuk menjalinkan percintaan. Cara tersebut menjadi pilihan kerana lebih mudah dan tidak perlu bertentangan mata terlalu awal.

Apabila masing-masing bersedia untuk bertemu, rasanya kedua-dua pihak perlulah mengambil kira dari segala segi terutamanya tempat untuk berjumpa.

Perkara ini bagi mengelakkan sebarang keluhan daripada mana-mana pihak seperti yang terjadi kepada gadis berkenaan.

Menerusi aplikasi TikTok memaparkan seorang gadis mengeluh kerana teman lelakinya hanya membawanya makan secara 'drive thru' sahaja pada pertemuan pertama mereka sedangkan dia sudah berdandan cantik-cantik.

Video berkenaan telah dimuat naik kembali oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @amer_aljeffrey dan menuai pelbagai maklum balas daripada netizen.

Ada berpendapat bahawa gadis terbabit agak demand memandangkan pihak lelaki telah keluar modal lebih untuk bawanya dating sedangkan itu kali pertama mereka berjumpa.

Namun, ada juga merasakan tindakan bertemu kali pertama dengan individu yang dikenali menerusi media sosial pada waktu malam agak 'menakutkan' kerana kita tidak tahu niat sebenarnya ketika itu.




SUMBER : Twitter @amer_aljeffrey

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.

Catat Ulasan for "Pertama kali jumpa, gadis kecewa pakwe bawa pergi 'drive thru' saja"